Diploma Komunikasi dan Pengajian Media di UiTM Lendu

Monday, January 05, 2015

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Hai! Aku Amir Khalis, jurusan Komunikasi dan Pengajian Media di UiTM Alor Gajah. Secara jujur aku tak tahu samada nak menulis entri mengenai jurusan aku atau tidak sebab aku tahu minda sterotaip aku mengatakan korang lebih meminati medik, kejuruteraan dan law.

"Apa itu Masscomm bro?"

Masscomm atau Komunikasi Massa adalah kajian bagaimana individu atau entiti menyampaikan maklumat melalui media massa untuk segmen penduduk besar pada masa yang sama. Kebiasaannya dikaitkan dengan surat khabar, majalah, penerbitan buku, radio, televisyen dan filem, sebagai medium untuk menyebarkan maklumat dan pengiklanan.




Senang cerita segala perkara fasal media dan komunikasi adalah masscomm.

Peluang pekerjaan? Wartawan, PR, editor, dan banyak lagi.


"Macamana nak masuk?"

Jangan fikir masuk masscomm ni senang. Ada ujian kelayakan secara tulisan dan lisan tau! Selepas permohonan upu korang berjaya, kalian akan ditempatkan di UiTM berhampiran untuk menjalani ujian kelayakan. Sila klik di sini untuk baca perjalanan ujian kelayakan aku.

Berikut merupakan syarat am kelayakan:



Ha! Kalau boleh biasakan diri korang dengan bercakap dengan menulis English. Abaikan kata orang, cuba berlatih bercakap dengan family atau kawan untuk naikkan self confidence. Banyakkan baca artikel berguna dan yang semasa in English supaya writing skills korang jadi gempak dari sebelumnya.

"Belajar apa je eh?"

mc110 info


"Bro, awesome tak hidup sebagai masscommer?"

Awesome sajooo. Fyi, bila aku diluar orang tanya aku ambil course apa dan di mana, bila aku jawab masscomm dan Lendu mulalah manusia-manusia ini sebut, "Wuu, retis, budak hot, awek cun (eh)". Nak buat macamana mungkin 'komunikasi' itu sendiri mampu melambangkan perwatakan kami. Aku memang tak sangkal yang ramai homosapiens femes atau kalian gelarkan retiss, tweetfemes, instafemes, femes emes (itu biskutlah!k hambar) kebanyakan berasal dari Lendu dan budak masscomm -- rasanyalah.




"Hidup di universiti okay tak?"

Okay sahaja kalau kau pandai urus diri, kewangan, makan, sahsiah, pergaulan dan sebagainya. Dari segi kewangan, jika korang rakyat marhaen macam aku moleklah pinjam PTPTN. Bagi aku ptptn sangat membantu sebab untuk satu sem diberi RM2500. Nasihat aku janganlah kalian terpengaruh sangat dengan rakan-rakan yang suka shopping jalan sana-sini pergi Klebang minum Cocunut Shakes (aku pun haha tapi member belanja) semua itu. Satu lagi jimat-jimatlah duit untuk makan, isi minyak motor, print notes, print assignment.

Di samping itu, dari segi pembelajaran kenalah rajin-rajin jawab kuiz, jangan ponteng kelas, berbuat baik pada pensyarah dan hantar assignment pada waktunya. Dan, jadilah berani sebab korang akan banyak melakukan pembentangan dan ada course Public Speaking yang memang memerlukan anda untuk bercakap. Kalau jenis malu-malu rasanya boleh ambil course seni ke apa ke.

Pergaulan dan sahsiah? Itu semua adalah atas diri sendiri. Secara ringkasnya, mula-mula aku agak janggal di Lendu sebab Samura mengajar aku '3 hasta'. Faham-fahamlah ye adik-adik. Pemakaian? Asalkan mengikut sahsiah rupa diri UiTM. Jangan hisap gam, dadah atau nak cuba-cuba merokok. Tak baik untuk kesihatan. Tapi fakulti masscomm ni best. Serius dowh, dari lecturer ke student semua bergaya dan bersahaja.

Ouh ya tidak dilupakan fakulti masscomm (yang kini di Lendu) berada di puncak bukit. Kami panggil Bukit Tonggek. Jenuh woiii nak naik. Aku memang jenis kuat berpeluh nasib baik aircond dalam kelas cukup kuat sampai kadang masa kelas suruh tutup aircond. Shuttle van atau perkhidmatan van ada tapi setiap kali naik. Korang bayangkan kalau 2-3 kali ulang-alik ke sana ke mari baik gunakan duit itu untuk makan dan jalan kaki kan menyihatkan badan... cehhh. Apa lagi aku nak cerita? Dah itu sahaja kut.

Maaf kalau aku tak pandai nak sembang kencang lebat hujan guruh taufan macam entri-entri yang lain oleh The Contributors lain sebab aku ringkas orangnya.

Kalau ada apa-apa yang korang nak tanya sila ke

Twitter     : amir_khalis
Facebook : Amir Khalis
Instagram : amirkhalis

Sebelum aku undur diri, maafkan aku kalau korang contact aku dan aku lambat jawab. Jangan risau aku tetap akan jawab sejujurnya apa yang aku tahu. Nak lagi menyelami dan mendalami kursus diploma ni? Boleh check out blog rasmi klik sini.

You Might Also Like

2 comments

  1. asalamualaikum ... temuduga untuk masscom ni susah tak ? dan kena fasih bahasa Inggeris ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. jika ada minat, insyaallah jalan dipermudahkan. yup.

      Delete

Subscribe