Skip to main content

Program Matrikulasi (akaun) @ Kolej Matrikulasi Kedah

Assalamualaikum WBT

Slm sejahtera saya ucapkan kpd non-muslim. Saya dahulukan tahniah kpd adik2 yg brjaya menduduki pepriksaan SPM. Blog ini dibuat khas untuk adik di Sekolah Menengah Sains Muar(SAMURA). Moga2 perkongsian ini dpt dimanfaatkn kpd org ramai. Pertama skali saya ingin ucapkan ribuan trime kasih kpd rakan saya bernama Muammmaddanial bin Punawi kerana beliau sudi mnjemput saya untuk mmbuat sdkit krangan mengenai kehidupan di Kolej Matrikulasi Kedah Aliran Perakaunan. Tidak lpe jga kpd Sidi Muhammad Yusoff bin Azli Shah krn tlah trcetusnya idea beliau untuk melaksanakan Projek ini. (tapi bukan aku sahaja, thanks juga kepada member2 batch lain- Sidi :D)

PENGENALAN

Baik, tu sdkit kata2 aluan. Mcm formal sgt plak kan... K, lek err... Mule2 formal la, dh smpai sni berakhirlah keformalan itu. K, mengenai aliran perakaunan ini, saya nk bgtahu yg pd mulanya, saya berhasrat untuk amik aliran sains sbb dulu pun mmg dh aliran tu. Namun, ad beberapa faktor yg menyebabkan saya tukar aliran. Antara faktornya adalah:

1. Saya rse nk mncube aliran lain
Saya trase yg saya ni byk ketinggalan dlm aliran sains akibat trlalu sibuk dgn aktiviti sekolah waktu form 4 n form 5. Mmg tk dinafikan ad kwan kite yg lebih sibuk drpd kite tp knape kite tk dpt catch up spt mereka? Tkpe, tu sume rezeki Allah, ade yg bleh catch up, ade yg tk bleh. Bile kite dh diuji cmni, kite spatutnya fkir ape yg trbaik dlm mmbuat keputusan hidup kite. Jd, saya buat keputusan untuk tukar. Saya secara spontan telefon ayah saya, dan kata saya nk plih aliran akaun untuk matriks.

2. Minat saya tidak cnderung ke arah medik dan kejuruteraan.
Scara umumnya, saya sejenis manusia yg tk brape minat dgn pkerjaan pasif spt doktor dan jurutera. Maaf andai awak tk suke dgn pndpt saya, tp hakikatnya, ini pndirian saya. Saya mmpunyai ramai rakan yg melanjutkan plajaran aliran medik dan skrang sudah mnjd doktor. Rata2nya berkata "Jgn amik aliran medik jika awak tidak bleh bhgkan separuh masa awak untuk org lain". Sbhgian besar kehidupan doktor pula spenuhnya berada di hospital, rumah, klinik ataupun ambulan. Mengenai jurutera pula, pemikiran saya telah dihantui dgn keburukan jurutera2 spt kerosakan jlnraya, keruntuhan stadium, kerosakan bangunan dn sbgnya. Saya rse sukar untuk saya mndpt idea2 inovasi jika senior2 jurutera saya adlah di kalangan org sbgtu. Apepun, bukan niat saya untuk merendahkan martabat aliran ini, tp semata2 untuk mngtakan inilah antara sbbnya mngapa saya tidak cnderung ke arah aliran trsebut. Mgkin faktor2 itu tidak mnjd masalah bg org lain, jd, saya hny mampu kate "lain org, lain taste".

3. Saya ingin tahu apakah yg mereka belajar dlm aliran perakaunan.
Saya btul2 ingin tahu sbnarnya ape yg kite akn blajar dlm aliran ini. Antara persoalan yg plg byk trtimbul di awangan kepala saya adalah "Apakah beza perakaunan, ekonomi, pengurusan perniagaan, kewangan dan perbankan? Adkah mereka ini perkara yg sama? Atau sebaliknya?" Segala persoalan itu hny dpt dijwab jika saya mngmbil aliran ini.

Jd, pendek kate, saya tekad untuk plih aliran ini.

ALIRAN PERAKAUNAN

1. Umum
Secara umumnya, saya dpt kata bhw aliran ini lebih mudah skit berbanding aliran sains. Namun, stelah saya 'survey' di kalangan plaja sains n akaun, ad di kalangan mereka mengatakan bhw same shj. Pndapt saya, yg mnybabkan sukar adalah krn bilangan 'kertas peperiksaan' itu. Plaja sains akn mnduduki 2 kertas bg setiap subjek. Malah, pelajar akaun, akn mnduduki 1 kertas shj bg setiap subjek kecuali subjek matematik. Tmbhn pula, plaja sains ade tiga kelas utama, iaitu Kuliah, Tutorial dan Amali. Malah bg plaja akaun, kite cume ade kelas Kuliah dn Tutorial. 'Kredit hours' mereka adlah lebih byk brbanding plaja akaun. Kesannya, mereka rata2nya mnghbskan waktu kelas mereka jam 5 ptg. Malah bg plaja akaun, kite akn hbs jam 4ptg. Jumlah jam setiap minggu bg plaja sains adalah 31 jam. Malah, plaja akaun hny 27 jam. Sdkit sbyk perbezaan ini smemangnya mmpengaruhi 'lifecycle' seorg plaja. Contohnya, plaja akaun kebykannya dpt solat asar brjemaah di masjid pd waktu azan. Manakala, plaja sains sukar skali. Namun, tidak dinafikan bhw, mmg ade saja jemaah di masjid pd kebykan waktu, kerana masjid ini sentiasa diimarahkan dgn plaja2 dan org awam.

2. Subjek
Plaja akaun akn mengambil subjek :
              -Perakaunan
              -Ekonomi
              -Pengurusan Perniagaan
              -Mathematics     
                                                                                             
 Perakaunan:
Sem 1- Perakaunan Kewangan
Sem 2- Perakaunan Pengurusan

Perakaunan kewangan mengajar kite mengenai penyediaan maklumat2 perakaunan kpd pengguna2  maklumat perakaunan luaran dn dlman spt Pelabur, LHDN, Syarikat2 dn sbgnya. Pembelajran kite lbh trtumpu kpd laporan perniagaan bg sesebuah syarikat. Jd, penyediaan maklumat itu sdkit sbyk mmg agk sukar bg plaja yg tiada asas(basic). Byk silibus ini diajar di sekolah menengah, jd, jgn trkejut klau plaja yg dh ad basic akaun mahir dlm sem 1 ini. Namun, "...Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih..." tiada yg mustahil klau kite berusaha. Jgn risau, nnti saya bgtahu apakah lngkah plg efektif untuk plaja yg tkd basic. Dua penyata(dokumen) rasmi yg sgt trkenal dlm sem ini adalah 'Penyata Pendapatan Komprehensif' dan 'Penyata Kedudukan Kewangan'.

Perakaunan pengurusan pula mengjar kite mengenai penyediaan bajet(belanjwan) kpd pengguna dlman shj spt Pekerja, Pengurus dan Kakitangan pejabat. Dlm sem ini, pembelajran kite akn lbh trtumpu kpd urusan dlm sebuah organisasi sblum urusniaga dijlnkan.

Ekonomi:
Sem 1- Mikroekonomi
Sem 2- Makroekonomi

Mikroekonomi mengajar kite tntg aktiviti yg dijlankan oleh Isi rumah(org awam), Syarikat(firma), Kerajaan, dan Sektor luar(syarikat eksport) trhadap sumber yg trhad pd masa yg sama kehendak yg tidak terhad.
Makroekonomi mengajar kite tntg aktiviti yg dijalankan dlm sesebuah negara secara agregat(keseluruhan).
Segala keadaan dn masalah dlm negara akn kite pelajari.

Pengurusan perniagaan
Secara umumnya kite akn diajar tntg teori2 perniagaan bg sesebuah Pemilikan perniagaan, perancangan2 dan kiraan2 dlm perniagaan, sistem2 kewangan dlm negara serta perniagaan antarabangsa.

Mathematics
Subjek ini sedikit sbyk hny mengulangi pembelajran yg kite blajar di sek men, campuran math mode dan add math. Cume kali ni, kite akn diperkenalkan dgn lbih byk aplikasi. In sha allah, math ini mnjadi antara subjek A para pelajar di KMK ini. Alhamdulillah, batch kami brjaya memecah rekod sejarah kolej apabila brjya mmperoleh lebih drpd 50% plaja akaun yg mndpt A dlm subjek matematik. Apepun, itu sume hnylah di atas kertas shj, yg plg pnting skali adlah ilmu yg dimanfaatkan.

3. Pemikiran
Setelah saya kaji, saya dpt thu yg aliran ini sememangnya sgt selari dgn pmikiran saya. Secara umumnya pemikiran manusia ini ad yg trbuka dan trtutup. Kedua2 ini ada kelebihan dn kekurangan. Bg pemikiran yg trbuka, mereka lbh mahir dlm mengaplikasi perkara yg mereka belajar dgn dunia semasa dan luar. Bg pemikiran trtutup, mereka lbh mahir dlm menceburi ilmu yg sgt mndlm. Dlm aliran perakaunan ini, byk perkara yg dikaitkan dgn isu semasa, pemikiran kite lebih trdorong ke arah pembangunan negara. Perkara ini menarik minat pelajar yg mmpunyai gaya kepimpinan yg tinggi. Alhamdulillah, saya rse, aliran ini sesuai dgn personaliti saya.

KEHIDUPAN DI KMK

1. Sekilas pandang
Saya rse sgt bersyukur dgn takdir Allah krn telah meletakkan saya di sini. Pd awalnya, saya rse sgt teruja krn mndpt tmpat sejauh ini. Kate org, jarak masa perjalanan dgn smpadan Thailand hnylah 15 min shj. KMK mrupakan antara kolej yg trawal dibina di antara semua Kolej Matriks. Trletak di daerah Changlun(daerah yg bersebelahan dgn Thailand). Berada di kawasan utara Kedah. Kolej kedua plg utara di antara semua kolej Matrikulasi. Kolej prtama plg utara adalah Kolej Matrikulasi Perlis(KMP). 

Mcm2 kelebihan dn kekurangan yg ade akibat ini. Antara kebaikannya adalah:
- Dkat dgn Pdg Besar yg mmpunyai byk brngan pemakaian yg murah krn kebnykn drpd pnjual mmborong pkaian drpd pemborong warga Thailand.

Keburukannya pula:
- Keselamatan perlu diutamakan trutama skali plaja perempuan krn ad pnduduk di Changlun ini merupakan warga Thailand, byk kisah ngeri mengenai penculikan gadis dn tidak lg ade jaminan jika mereka membawa gadis itu ke Thailand. Nasihat saya mudah shj, berjalanlah beramai2 di mana2 shj anda berada agar tidak brlaku ape2 fitnah. Mereka jrang skali bertindak trhdp sekumpulan gadis, mereka akn mncari mangsa yg keseorgn shj.


2. Lifecycle
Kite akn diorientasikan dgn Minggu Pelajar2 Baharu(MPPB) pd mnggu prtama. Kelas brmula jam 8pg dan selalunya berakhir jam 4ptg. Selalunya rehat jam 10-11pg dan 1-2ptg. Jadual tidak sama setiap hari.

3. Kelas
Kelas kuliah akn diadakan di 'Dewan Kuliah'. Trdpt 2 Dewan Kuliah Besar(DKB) dan 4 Dewan Kuliah Kecil(DKK). Pd sem 1, plaja akaun hny mnggunakan DKK krn hny trdpt 100+ plaja dlm satu kuliah. Trdpt 4 kuliah, A1, A2, A3, A4. Pd sem 2, plaja akaun mnggunakan DKB sepenuhnya krn plaja dlm satu kuliah brtmbh shg 150+ apabila kuliah A4 dibubarkan. Saya merupakan plaja kuliah A4T1 pd sem 1 dan saya telah digabungkan dgn kuliah A1 mnjd kelas A1T7 pd sem 2. 'A' mewakili kelas kuliah, 'T' mewakili kelas tutoran. Percaturan ini berbeza dgn Matriks2 lain. Ikut pensyarah Matriks itu sndiri. Dlm kelas kuliah ini, pensyrah akn mngjar dlm bntuk 'slide show'. Plaja wajar beri tumpuan dlm kelas kuliah ini agar tidak ketinggalan dlm pelajaran.

Kelas tutorial akan diadakan di 'Bilik Tutoran'(BT). Trdpt 51 BT. Dlm kelas tutorial ini, pnsyrah akn lebih mnumpukan prhatian trhdp kefahaman pelajar tntg ape yg diajar dlm kuliah. Ketika ini, plaja spatutnya sudah kuasai ape yg mereka belajar bg setiap subtopik.

4. Bahan rujukan
Saya menerima nota kuliah yg sgt baik di KMK ini. Malah, kata Mr Ooi(cikgu kimia SAMURA)" ....Nota itu hny mnjd cenderamata shj jika tidak dimanfaatkan...". Saya hny mmbeli buku rujukan Akaun dan Ekonomi. Bg subjek Pengurusan Perniagaan(PP) dan Math, saya tk beli sbb rse tidak perlu. Buku tutor amat mmbntu dlm mngukuhkan kefahaman saya.

5. Tugasan
Kebnykan kerja yg diminta adalah brpandukan buku tutor. Trdpt soalan2 tutorial dn Peperiksaan Semester Program Matrikulasi(PSPM) yg lepas2. Klau ade assignment tmbhan tu, hny soalan drpd buku luar. Tp jrg skali diminta. Kuiz akn diadakan setelah hbs satu bab diajar. Kuiz kbykan diadakan di dlm kelas tutor, jrg skali diadakan dlm kelas kuliah. Kuiz ini sama spt 'Ujian penilaian topik'. Nasihat saya, ulangkaji balik ape yg telah dipelajari apabila dh siap semua tutorial pd setiap bab.

NASIHAT DAN RENUNGAN DIRI

1. Niat
Pertama skali, saya ingin igtkan bhw, niat itu perlu diperbtulkan sblum kita langkah ke mne2 tmpat. Semoga tmpat yg telah ditakdirkan itu mnjd satu inspirasi kpd kite setelah kite perbtulkan niat. Niat utama saya dlm Matriks ini adalah "Saya ingin tahu apa dipelajari dlm aliran Perakaunan". Dlm kitab Imam An-Nawawi, niat merupakan tajuk pertama yg dibincangkan. Jika niat kite salah, maka rugilah kehidupan kite di sana.

2. Kesyukuran
Kite perlulah selalu bersyukur dan memanfaatkan nikmatNya. Saya sgt bersyukur krn dgn hadrat ilahi saya brjaya mmperoleh 4Flat dlm PSPM1, hny selangkah shj lg. Selari dgn analisa dan kajian yg dibuat oleh pensyarah akaun saya.  Saya telah diberitahu bhw saya akn ditemuramah mngenai kejayaan saya ini. Kajian yg beliau buat adalah mengenai 'Kejayaan 4Flat yg dicapai oleh plajar yg tiada basic akaun". Jd, manfaatkan segala kelebihan dan atasilah segala kekurangan.

3. Tumpuan dlm pelajaran
Setelah ade niat yg btul dan syukur di dlm hati, kite prlu realisasikan dgn tubuh badan kite.
Sebelum kelas kuliah bermula, bacalah ape yg akn diajar. Kaedah ini sgt berkesan dn sedkit sbyk mmbntu mndptkn gmbran trhdp ape yg kite akn blajar. Kesannya, kita akn lbh cepat tangkap(pick up). Ketika kelas bermula, fahami ape yg nk disampaikan oleh pensyrah, bukan shj dgr, malah fahami. Dptkan 'punchline'(mesej) pensyrah masing2. Bulatkan atau bintangkan bhg mne yg tk dpt fhm dlm kuliah. Setelah dh hbs kuliah, trus berjumpa dgn pnsyarah, tny ape2 kemusykilan yg ade dlm nota kuliah td(yg tlah dibulatkan). Jika tiada, ucapkanlah trime kasih dan salam, jika boleh.

Sebelum kelas tutorial bermula, siapkan semua soalan dlm buku tutorial. Jgn mudah putus asa jika tk dpt jwab satu soalan, soalan seterusnya mungkn jauh lbh sng drpd soalan sebelumnya. Bulatkan pd mne2 soalan yg tidak dpt jwpan atau ad kemusykilan. Ketika kelas sdg berlangsung, trus tny kpd pnsyarah mengenai soalan yg telah dibulatkan.

Sebelum mula kuiz, bace balik buku kuliah sekilas pandang dan tgk balik semua soalan tutor yg dh dilaksanakan.
Td saya ade ckp psal tips untuk plaja tkde basic akaun, k ni die. Bleh jg diamalkan bg plaja yg dh ad basic. Berjumpa dgn pensyrah mengenai asas yg perlu dikuasai. Subjek akaun ini agak bhy klau tiada basic berbanding dgn subjek Eko dan PP. Jgn mudah putus asa dgn istilah2 yg baru dikenali. Senaraikan kata2 kunci dan istilah2 asas akaun. Dptkan asas perakaunan spt 'Persamaan perakaunan'. Bacalah buku2 rujukan SPM(Prinsip Perakaunan). Ia dpt mmbntu serba sdkit. Saya smpat hbs bace 2 Bab akaun dlm buku rujukan SPM ketika MPPB. Sertailah kuliah akaun yg dikhaskan oleh pensyarah kpd pelajar yg tiada basic, dtg awal krn ramai plaja yg tiada basic ini berpusu2 nk sertai, dan ade juga dikalangan mereka yg ada basic akaun. Jd, rebutlah dgn sebaik2nya.

4. Istiqamah
Berkerjalah dgn penuh istiqamah(konsisten). Amalkan ape yg tlah saya kongsikan shg hbs semester. Ade satu ayat drpd abg saya yg saya pgang drpd dlu shg skrang
"...To succeed in anything is easy but to succeed consistently is a miracle..." - Lutfi Yunus

5. Pegangan
Akhir nasihat saya, pganglah dgn agama Allah, in sha allah, Allah permudahkan urusan kite, krn Allah sgt menyanyangi hambaNya yg soleh.

PENUTUP

Setelah saya smpaikan semua ini, saya harap dgn info yg tk sbrape ini dpt mmbntu adik2 di sana dlm mendpt pendedahan awal di alam Matrikulasi ini. Rata2nya, tidak jauh beza dgn Matriks2 yg lain. Hmpir sama shj. Saya tidak berniat untuk promosi ats dasar diskriminasi ttp ats dasar perkongsian. Mana yg kamu rse trbaik buat kamu, kamu plih la... Bg saya, saya trase yg saya dh buat plihan yg trbaik. Byk spekulasi yg diberi drpd plaja2 bekas matriks spt stress, trtekan, jadual pack dn sbgnya. Jujur saya ckp, saya trase kehidupan disini 3 kali ganda lbih santai drpd SBP. Bg plaja yg dh biasa duk asrama, in sha allah mudah menyesuaikan diri di Matriks. Kbykan plajar yg merungut itu adalah drpd kalangan pelajar yg tk prnah ade keinginan untuk belajar menyesuaikan diri. Ramai plajar yg tk pernah duduk asrama, tp mereka mudah menyesuaikan diri di sini. Ade rakan sebilik saya ini(aliran sains), bile saya tgk rutin seharian die, terdetik hati saya kate die mungkin kluar sem depan akibat pointer yg tk lpas piawai krn saya jrang skali melihat dia blaja, namun, die capai pointer 3.4. Itu mungkin krn kualiti die dlm belajar. Jd, apepun, siapapun kite kt dunia ni, usaha shj la yg mnjd penentu kpd kecemerlangan dlm hidup kite. Jd fkir2kan la... Segala yg baik drpd saya itu jdkan sbg smgt dan motivasi, yg buruk itu jdkan iktibar dan smpadan. Mohon maaf jika teks saya trlalu pnjang, trime kasih krn masih setia mmbaca sejauh ini. Saya doakan kpd adik2 semua moga berjaya mmbuat keputusan yg sebaiknya dan berjaya di masa akn dtg. Saya akhiri perkongsian saya ini dgn satu mutiara kata. Sekian Assalamualaikum WBT.

"...Once you've chose it, be responsible with it..." - Jerry Tan


Muhammad Ahnaf bin Mohd Yunus
Ketua Exco Akademik Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Matrikulasi Kedah sesi 2014/15

Comments

  1. Erm kedah ke perlis ni?

    ReplyDelete
  2. Saya nak tanya sikit...saya ni ambil bio...so,akaun yg budak lain belajar time f4&f5 tu effect besar ke nanti??means...mcm saya ni kan memang xde basic langsung...so,adakah time asasi or matrik ke,dia akan ulang balik pelajaran f4&f5 skit2?...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takda effect sgt pun. ramai budak pure science yg dpt 4.0. Tu cuma yg usaha j lah

      Delete
  3. Assalamualaikum nak tanya...kolej matrikulasi mara kulim only for students mara or anyone can apply this kolej?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, maaf lmbt reply. Saya tk setkan noti untuk akaun blog ni. Maaf. Kolej Mara Kulim, are open to all students, but I dont know how they are picked.

      Delete
  4. salam, nak tanya kalau masa apply haritu amik sains, nanti dah masuk matriks boleh tukar akaun tak? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lmbt reply, boleh tukar aliran drpd Sains ke Akaun, tp Akaun tk boleh tukar ke Sains melainkan atas budi bicara Kaunselor Matriks di sana... No kad matriks awak akan kekal sama spt pelajar sains walaupun awak tukar ke aliran akaun.

      Delete
  5. subjek akaun yg dibelajar tu dalam bahasa apa ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Matrikulasi, aliran akaun akan belajar subjek akaun, PP, dan Ekonomi dlm BM. Matematik dlm bahasa inggeris.

      Delete
  6. Salam..kalau pelajar lepasan matrikulasi akaun,layak ke mintak ijazah sains matematik???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, klau nak tahu jawapan yang betul, boleh tny kaunselor. Saya pun tk pasti. Maaf.

      Delete
  7. Salam kak,kalau saya belajar Kat matriks perakaunan, saya boleh x smbung degree dlm banking and Islamic finance. Harap akak dpt membantu. Thanks

    ReplyDelete
  8. Salam kak,kalau saya belajar Kat matriks perakaunan, saya boleh x smbung degree dlm banking and Islamic finance. Harap akak dpt membantu. Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dik. Saya pljr sains agama di sekolah, akaun di matrik. Skrg islamic finance and banking di uum 😇

      Delete
    2. Boleh dik. Saya pljr sains agama di sekolah, akaun di matrik. Skrg islamic finance and banking di uum 😇

      Delete
    3. Salam, sememangnya boleh. Aliran perakaunan la merupakan pintu gerbang utama untuk ambil aliran Islamic Finance, selaian drpd Accountancy, Banking, Business, Finance, dan lain2 yang berkaitan...

      Delete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Salam, kalau saya ambil acc di matriks, adakah saya berpeluang untuk menyambung actuarial science in degree?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Boleh. Saya juga memohon acturial science sebagai salah satu pilihan di UPU.

      Delete
    2. kalau spm x ambik addmath tpi ambik matrik perakaunan pstu nk sambung degree actuarial science blh tak?

      Delete
  11. Assalamualaikum,nak tanya kalau saya ambil acc di matriks boleh tak nak sambung degree in mass communication/degree in law? Thank you :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Boleh mohon Law Degree bg lepasan Sains dan Akaun Matrikulasi. Mass communication, ni saya tk pasti. Ade kwan saya amik aliran maass comm ni die lepasan science matrics. Accounting matrics, saya tk pasti bleh mhn ke tk. Boleh tny kaunselor berkenaan dgn soalan awak ni. Soalan2 berkaitan dgn aliran(course) availability and quallification, boleh tny kaunselor, mereka lebih pakar dan luas pengetahuan, in sha allah... Saya jwb mne yg pasti je la...

      Delete
  12. assalamualaikum,subjek akaun yg dplajari d matrik tu dlm bhsa english or malay?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Akaun di matriks, malay. Saya ade jwab soalan yg sama di comments2 atas. boleh baca. Kalau di universiti kebanyakannya gne bahasan inggeris. UKM, bahasa melayu.

      Delete
  13. assalamualaikum, boleh saya tahu tempoh belajar berapa bulan/tahun?

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. saya pun budak samura ,batch 33 :). saya minat nak masuk matrikulasi perakaunan tapi saya tak yakin .

    ReplyDelete
  16. Nak tanya klau lepasan matriks akaun bleh smbung architecture tak?

    ReplyDelete
  17. haiii, saya nak tanya bagaimana proses penukaran jurusan sains ke urusan akaun?

    ReplyDelete
  18. assalam kak, before masuk matriks kena bank in yuran dulu kan. saya dapat matriks aliran sains. tapi saya ingin tukar ke aliran akaun nnty. jd saya still perlu bank in yuran utk pljr sains dahulu ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun masalah sama macam awk...sy nk tukar aliran sains ke akaun...

      Delete
  19. assalamualaikum , nak tanya boleh suggests kan buku nota rujukan or latihan for matriks perakaunan yang mana ok

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum,nak tanya,kalau sy dpat aliran sains ,tapi nak tukar akaun boleh ke??and yuran pendaftaran tu kena bayar yuran utk sains atau akaun sebab yuran sains lebih mahal sikit dari akaun
    ...harap abang reply dan dapat membantu sy....

    ReplyDelete
  21. maaf nak tany saya pelajar akaun dan saya takut nak apply akaun di matriks sbb addmath saya tk pernah lulus jadi bila saya tahu math mode di combine kan dgn addmath saya jadi takut saya nak minta nasihat sesuai tk saya mohon matriks

    ReplyDelete
  22. maaf nak tany saya pelajar akaun dan saya takut nak apply akaun di matriks sbb addmath saya tk pernah lulus jadi bila saya tahu math mode di combine kan dgn addmath saya jadi takut saya nak minta nasihat sesuai tk saya mohon matriks

    ReplyDelete
  23. salam boleh tak saya tahu basic akaun yg mana yg paling penting untuk pelajar yg xde basic langsung..harap dpt kongsi..sbb yang tu sgt penting utk sy yg xde basic ni

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. if kita tukar kolej , no matrik still sama ke ?

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum saya pelajar spm lepasan 2020 batch covid nak tanya saya asalnya class sains tulen physics chemi and bio saya belajar,namun takdir allah saya boleh aliran akaun di kolej matrikulasi kedah,saya sebenarnya agak keliru sama ada hendak terima atau tidak tawaran tersebut kerana saya tidak ada basic akaun jadi saya mohon pencerahan dan kata semangat dari anda sekian terima kasih

    ReplyDelete
  27. hi kak nak tnya bahan rujukan tu nk beli kt mana ya?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

STPM (Ting. 6) Sastera

Pra Universiti / Tingkatan 6 Asalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Pertama sekali terima kasih diberikan peluang untuk berkongsi serba sedikit mengenai bidang di tingkatan 6 / pra-Universiti. Perkongsian ni akan diberikan secara ringkas dan padat sebab korang boleh cari banyak lagi info mengenai bidang ini di internet. ^^

DIPLOMA SAINS MATEMATIK @ UiTM

Assalamualaikum dan salam sejahtera kpd semua generasi samurians ;) Hey! my name is Zati Mughni atau dikenali sebagai dyucy di samura from Batch30, arifathonah, bestone :) kini sy dalam semester dua dalam jurusan Diploma Sains Matematik atau dulu dikenali sebagai sains kuantitatif di UiTM Kelantan kampus Machang. first skali..ramai bertanya, kenapa sy pilih DIPLOMA?

Asasi Sains Perubatan UPNM

As’salamualaikum w.b.t .. Saya 30147_0 Pegawai Kadet Miza Zulaikha bt Mohd Zol , Kompeni Alpha , Batalion Lekiu , Asasi Sains Perubatan Sesi 2014/2015 , Universiti Pertahanan Nasional Malaysia . Ok enough to be formal , hehe .. on this particular ‘essay’ lets me briefly expain to uguys what is UPNM ;) Ada yang kenal , ada yang tak mengenai UPNM . kan ? UPNM uni baru , kira paling muda among uni yang ada kat negara ni . Ditubuhkan pada 2006 , sebelum ni dikenali dengan nama Akademi Latihan Ketenteraan . hmm , sejarah upnm pandai pandai search la kat laman web dia ;D http://www.upnm.edu.my/