Skip to main content

Life as a UEM scholar

UEM Local Scholarship

Biasiswa ini ditawarkan kepada penuntut lepasan matrikulasi, STPM, asasi dan yang sewaktu

dengannya yang akan melanjutkan pelajaran di Universiti awam dan swasta tempatan dengan

syarat sekurang-kurangnya CGPA 3.5. Pengkhususan biasiswa ini adalah kepada bidang

pengurusan, kejuruteraan, dan pembinaan. Untuk pengetahuan semua, UEM merupakan syarikat

GLC dan mempunyai beberapa anak syarikat seperti UEM Sunrise, UEM Builders, PLUS,

Edgenta, CIMA, Propel. Syarat untuk anda kekal bersama biasiswa ini adalah memastikan

keputusan peperiksaan semester sentiasa di atas 3.30.


Apa yang menarik tentang biasiswa ini?

Biasiswa ini bukan setakat memberikan bantuan kewangan yang InsyaAllah cukup untuk makan

dengan kenyang di universiti, malah anda turut akan diberikan Laptop secara percuma serta yang

paling penting ada Development Training maksudnya anda semua akan sering diberikan kursus

untuk meningkatkan kemahiran dan jati diri di samping di setiap sidang pengajian akan ada sesi

kaunseling bagi memastikan prestasi anda sentiasa dalam keadaan yang terbaik

Temuduga

Pada zaman penulis, temuduga yang dihadapi ada dua sesi, iaitu yang pertama adalah menulis

esei mengenai isu yang diberikan sebanyak dua muka surat dalam masa 20 minit dalam Bahasa

Inggeris dan seterusnya yang kedua adalah temuduga bersama panel. Persediaan yang perlu

dilakukan? Paling penting adalah Communication Skill dan Confidence level dan mesti cakna

dengan isu semasa. Anda perlu bersedia dengan segala kemungkinan soalan yang bakal ditanya.

Datanglah dengan adab dan tertib. Kalau boleh khatam habis tentang syarikat UEM dan tentang

isu serta pengetahuan am Malaysia dan dunia. Biasanya temuduga ini dijalankan mengikut

kawasan.

Prospek

Anda berpeluang untuk melakukan latihan industri bersama syarikat ini dan selepas tamat

pengajian, anda wajib untuk berkhidmat bersama syarikat ini selama 3 tahun. Ini satu peluang

yang baik melihat kepada bagaimana statistik mencatatkan 200,000 graduan menganggur dan

peluang pekerjaan ini sesuatu yang perlu anda semua rebut. Selain itu, selepas anda bekerja

bersama UEM, anda akan terus diberikan latihan untuk meningkatkan skil anda serta mereka

akan membantu bagi mendapatkan sijil professional bagi bidang yang anda ceburi.

Comments

Popular posts from this blog

STPM (Ting. 6) Sastera

Pra Universiti / Tingkatan 6 Asalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Pertama sekali terima kasih diberikan peluang untuk berkongsi serba sedikit mengenai bidang di tingkatan 6 / pra-Universiti. Perkongsian ni akan diberikan secara ringkas dan padat sebab korang boleh cari banyak lagi info mengenai bidang ini di internet. ^^

DIPLOMA SAINS MATEMATIK @ UiTM

Assalamualaikum dan salam sejahtera kpd semua generasi samurians ;) Hey! my name is Zati Mughni atau dikenali sebagai dyucy di samura from Batch30, arifathonah, bestone :) kini sy dalam semester dua dalam jurusan Diploma Sains Matematik atau dulu dikenali sebagai sains kuantitatif di UiTM Kelantan kampus Machang. first skali..ramai bertanya, kenapa sy pilih DIPLOMA?

Asasi Sains Perubatan UPNM

As’salamualaikum w.b.t .. Saya 30147_0 Pegawai Kadet Miza Zulaikha bt Mohd Zol , Kompeni Alpha , Batalion Lekiu , Asasi Sains Perubatan Sesi 2014/2015 , Universiti Pertahanan Nasional Malaysia . Ok enough to be formal , hehe .. on this particular ‘essay’ lets me briefly expain to uguys what is UPNM ;) Ada yang kenal , ada yang tak mengenai UPNM . kan ? UPNM uni baru , kira paling muda among uni yang ada kat negara ni . Ditubuhkan pada 2006 , sebelum ni dikenali dengan nama Akademi Latihan Ketenteraan . hmm , sejarah upnm pandai pandai search la kat laman web dia ;D http://www.upnm.edu.my/